Neymar Dimalukan Di Pentas Semasa Anugerah Ballon d'Or.
Kalau yang tengok secara langsung mungkin anda akan sedar insiden ini.
Neymar telah dijemput untuk ke pentas semasa malam anugerah semalam. Dia tiba di pentas dan menghulurkan tangannya untuk menjabat tangan pengacara Fernanda Lima yang juga menghulurkan tangannya. Namun sebenarnya Lima cuma ingin meletakkan tangannya di belakang Neymar dan bukan berjabat dengannya. Jadi semasa insiden itu berlaku, kedua-duanya dalam keadaan dan perasaan yang pelik.