Ibu Sangkarkan Anak Yang Sakit Untuk 47 Tahun Di China.
Seorang ibu telah mengurung anaknya yang sakit mental dalam sangkar untuk 47 tahun. Kini ibu itu risau siapa yang akan menjaga anaknya sekiranya dia meninggal satu hari nanti. Anaknya Peng Weiqing yang kini berusia 48 tahun telah menjangkiti penyakit epidemic cephlitis pada usia 1 tahun. Jadi untuk elakkan Peng dari cederakan diri sendiri, ibu bapa Peng telah mengurungkannya di dalam sangkar itu. Peng kini masih mempunyai mentaliti seperti seorang yang berusia 1 tahun. Bapa Peng meninggal dunia pada tahun 2002 dan ini menjadi satu lagi bebanan kepada si ibu.