Satu kejadian yang cukup unik telah berlaku di bandar Chengdu yang terletak di Wilayah Sichuan, China. Sebuah kenderaan yang telah ditinggalkan begitu saja oleh pemiliknya kini akhirnya telah diliputi oleh tumbuhan liar.
Seperti dilaporkan Car News China, Rabu 23 Oktober 2013, kebanyakkan penduduk sekitar tidak menyangka di sebalik tumbuhan memanjat yang besar itu adalah sebuah van yang sudah 'dibuang' pemiliknya, sekitar satu tahun yang lalu.
Kenderaan itu sengaja diletakkan di hadapan kompleks apartmen berkenaan. Oleh kerana ia sudah lama tidak digunakan, keadaan kenderaan itu kelihatan sangat tidak terurus, lebih parah, seluruh badan van tersebut diliputi tumbuhan liar.
Pemandangan yang tidak enak itu membuatkan penduduk setempat berasa curiga. Mereka akhirnya memutuskan untuk menghubungi pihak polis untuk memeriksa kenderaan dan menyiasat siapa pemilik asal "Zombie Car" itu.
Polis yang datang ke lokasi berkenaan turut berasa hairan apabila melihat keadaan "Zombie Car" itu. Tumbuhan liar berduri yang meliputi kenderaan itu sangat tebal, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mengecam jenama van berkenaan.
Pihak polis akhirnya memutuskan untuk menyita dan menarik van itu ke balai polis. Hasil siasatn lanjut, pihak polis berjaya menemui pemilik asal kenderaan berkenaan. Pemiliknya mengaku telah menjual kenderaan tersebut kira-kira tiga tahun lalu, tapi terlupa siapa yang membelinya.