Gula adalah salah satu bahan pemanis utama dalam makanan harian kita, tetapi penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit serius. contohnya diabetes. Sudu gula berbentuk tengkorak yang direka khas oleh Hundred Million merupakan satu lagi projek menarik dari pihak Kickstarter yang dapat mengingatkan mengenai keburukan gula. Sudu yang mempunyai bentuk unik ini akan memastikan bahawa anda mendapat jumlah gula yang lebih kurang berbanding menggunakan sudu yang biasa anda gunakan. Ia juga boleh menjadi hadiah yang sesuai kepada mereka yang sedang berdiet dari makanan manis. Ia dijual pada harga US$ 12.