Jambatan Pejalan Kaki Ke Feri Di China Runtuh Kerana Kedegilan Manusia.
Manusia memang suka mengingkari arahan dan bila dah terjadi baru mereka sedar. Ini berlaku di China sebuah pelabuhan feri di Timur China di mana para pelancong yang ingin melihat keindahan Gunung Lushan dengan lebih jelas harus menyeberangi jambatan ini. Notis telah dinaikkan menyatakan hanya 40 orang sahaja boleh naik pada satu masa. Mereka tidak patuh pada notis itu dan akhirnya ianya tumbang.