KEBIASAANNYA, Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun di negara Barat akan dimeriahkan dengan aktiviti mengumpul gula-gula dan memakai kostum yang menakutkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, dekorasi rumah akan bertukar menjadi rumah hantu yang menyeramkan.
Sebuah pasaraya di Norway, Europris telah mengambil inisiatif yang lebih ‘ngeri’ dengan meletakkan potongan tubuh dan organ manusia palsu yang dibuat dari plastik dalam peti sejuk beku mereka dan dinamakan ‘Chop Shop’.
Ia bukan sahaja dibalut dengan plastik, malah turut ditampal dengan maklumat nutrisi, sekaligus menambahkan elemen ngeri padanya.
Meskipun pihak pasaraya beranggapan ia hanya sebagai gurauan, ramai pelanggan tidak setuju kerana dianggap melampau dan menakutkan anak-anak kecil yang melihatnya.