Kali ini admin nak buat review pasal makanan pulak. Bagi yang berada dekat Selangor, ni la peluang korang untuk rasa menu baru dari rakyat tempatan.
Sesiapa rakyat Johor @ rakyat negeri Selangor, bolehlah datang ke RASS0 STALL yang bertempat di Hadapan Maybank Bandar Baru Sungai Buloh,Selangor.
Menu Utama di @RASSO STALL ialah Bubur Ayam & Ayam Goreng, dan juga terdapat Susu Segar dari Baba Supermart .
Segala Resipi bubur Ayam , Ayam Goreng & Susu Segar dibawa khas dari Kluang, Johor.
Semangkuk Bubur Ayam RM 3.00 sahaja, Ayam Goreng berlain harga mengikut saiz. Susu Segar 3 Perisa (Jagung,Strawberi & Coklat) Keluaran Verterinar Air Hitam RM 2.50/Botol sahaja.
Waktu Perniagaan SELASA - AHAD dari jam 5.00 ptg - 12.00 mlm. ISNIN Cuti.
Amacam? Meleleh tak air liur? Tak salah kalau tukar selera makan bubur ayam plak. Bubur ayam McD dah selalu sangat try kan? Jom kita support local brand pulak. Ayam goreng pun boleh tahan beb. Tak caye? Korang kena try sendiri... Memang terbaek..
Ni plak gambar ketika bulan Ramadhan lepas.. Stall ni beroperasi dekat Paya Jaras, Kota Damansara & Damansara Damai. Habis licin beb.. Jom tengok gambar..
Sesiapa yang pernah try boleh komen kat blog ni. Memang ramai orang baru kenal Rasso Stall ni. Start dari Ramadhan lepas la femes. Tapi resipi dia ni memang femes sejak tahun 2008 lagi dekat Kluang. So, apa korang tunggu lagi? Jom pakat cuba ramai-ramai. Ingat tu, singgah la Rasso Stall yang terletak di Hadapan Maybank Bandar Baru Sungai Buloh,Selangor.
Kalau sesiapa yang berminat nak buat bisness Rasso Stall ni, boleh email owner diorang dialamat email berikut; mohdrashid7809@yahoo.com / si90yakimbreed@yahoo.com
Support perniagaan local ni beb.. Tolong sesama kita.. Berkualiti dan terbaek!!